More

    Perusahaan kecil & sederhana kini boleh memohon Geran Khas PRIHATIN 2.0, bantuan sehingga RM3,000

    Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan bantuan Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0 pada 23 September lalu dan kini permohonan sudah dibuka untuk rakyat Malaysia yang layak. GKP bertujuan membantu para peniaga mikro atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meringankan beban kewangan sewaktu wabak COVID-19.

    Melalui GKP 2.0, pemohon yang layak akan menerima bantuan wang RM3,000. Berikut adalah syarat-syarat utama untuk pemohon GKP:

    • Bukan penerima GKP pertama
    • Menjalankan PKS dengan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 dan pekerja kurang daripada empat orang
    • Berdaftar dengan LHDNM, SSM atau PBT sebelum 31 Ogos 2020
    • Masih aktif menjalankan perniagaan

    Sebarang pertanyaan boleh dirujuk dalam dokumen ini. Jika anda layak, anda boleh memohon dalam laman web Portal GKP. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah memohon dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured