More

    PETRONAS jamin bekalan bahan api kekal stabil hingga Jun 2026

    PETRONAS mengesahkan bahawa bekalan minyak di semua stesen minyaknya di seluruh negara kekal stabil dan mencukupi sehingga akhir Jun 2026. Ini sekaligus meredakan kebimbangan orang ramai berhubung isu kekurangan bekalan ketika ini.

    Menurut kenyataan rasmi PETRONAS, jaminan terbaharu merupakan lanjutan daripada unjuran sebelum ini yang hanya meliputi sehingga penghujung Mei 2026. Langkah ini dibuat susulan pemantauan rapi terhadap perkembangan semasa termasuk ketidaktentuan rantaian bekalan global yang berpunca daripada konflik geopolitik di Asia Barat.

    Dalam masa sama, PETRONAS memaklumkan bahawa pihaknya sedang menguruskan rantaian bekalan secara aktif bagi memastikan kelangsungan stok bahan api di pasaran tempatan tidak terjejas. Ini termasuk koordinasi berterusan dengan rakan industri serta pengoptimuman logistik penghantaran.

    Sebagai rekod, PETRONAS melalui anak syarikatnya menyumbang kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan keperluan bahan api negara. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembelian panik atau menyimpan bahan api secara berlebihan, sebaliknya mengisi minyak seperti biasa mengikut keperluan harian.

    Perkembangan ini dijangka memberi sedikit kelegaan kepada pengguna serta industri khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran tenaga global yang masih berlarutan ketika ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PETRONAS

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...