More

    Philips Malaysia lancarkan siri kunci pintu pintar yang gunakan imbasan tapak tangan

    Philips Malaysia baru-baru ini memperkenalkan siri kunci pintu pintar yang baharu iaitu Easykey Palm Recognition Smart Lock Series, terdiri daripada 9000, 8000, 7000, 6000 dan 3000 Series. Kunci pintu pintar ini menggunakan teknologi pengimbasan urat tapak tangan (palm vein recognition technology) bagi menyediakan tahap keselamatan biometrik yang tinggi untuk rumah atau pejabat.

    Ia boleh menganalisa corak urat tapak tangan yang unik untuk setiap individu, menggunakan cahaya inframerah hampir (near-infrared light) untuk mengimbas tapak tangan. Memandangkan corak urat tapak tangan sukar untuk dipalsu atau disalin, teknologi ini akan mengelakkan risiko berkaitan kecurian identiti atau penipuan.

    Pengguna juga boleh menyepadukan pengesahan urat tapak tangan dengan kaedah tambahan seperti imbasan muka 3D atau pengesahan cap jari. Kunci ini mempunyai kamera yang boleh kesan jika ia cuba diusik atau dirosakkan oleh orang yang tidak dikenali, serta akan mengunci pintu secara automatik jika ia dibiarkan selepas tempoh tertentu.

    Selain itu, ia boleh menyimpan data urat tapak tangan untuk 50 individu. Ia juga boleh dipasang dengan mudah dengan bantuan Wi-Fi, serta menyokong penggunaan dengan pembantu suara seperti Amazon Alexa dan Google Assistant.

    Produk baharu ini boleh dibeli bermula suku keempat 2024, manakala harga jualannya akan diumumkan pada 8 Disember 2024.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kunci pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured