More

    PHILIPS perkenal Airfryer 5000 Series di Malaysia dengan fungsi stim berharga RM799

    PHILIPS Home Appliances telah melancarkan Airfryer 5000 Series terbaharu di Malaysia yang menggabungkan tiga fungsi utama iaitu penggoreng udara, pengukus dan stim dalam satu perkakas. Siri 5000 merupakan model penggoreng udara paling lengkap dalam barisan produk PHILIPS setakat ini dan menggunakan teknologi Philips RapidAir™ bersama fungsi stim.

    Gabungan teknologi tersebut bertujuan menghasilkan makanan yang rangup di bahagian luar sambil mengekalkan kelembapan di bahagian dalam yang secara tidak langsung mengurangkan risiko makanan menjadi kering seperti yang biasa berlaku pada penggoreng udara tradisional.

    Siri PHILIPS 5000 hadir dengan kapasiti 7.2 liter yang sesuai untuk penyediaan hidangan dalam kuantiti besar pada satu masa. Ia juga dilengkapi fungsi pembersihan stim terbina dalam yang menggunakan wap untuk melembutkan gris bagi memudahkan proses pembersihan selepas penggunaan.

    Semasa pelancaran rasmi, wakil PHILIPS turut menunjukkan demonstrasi masakan secara langsung. Demonstrasi tersebut mempamerkan prestasi produk daripada segi rasa, konsistensi masakan dan kemudahan penggunaan merentasi beberapa jenis hidangan. Penggoreng udara siri 5000 kini boleh didapati di kedai Harvey Norman dengan harga bermula dari RM799.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...