More

    PHILIPS perkenal Airfryer 5000 Series di Malaysia dengan fungsi stim berharga RM799

    PHILIPS Home Appliances telah melancarkan Airfryer 5000 Series terbaharu di Malaysia yang menggabungkan tiga fungsi utama iaitu penggoreng udara, pengukus dan stim dalam satu perkakas. Siri 5000 merupakan model penggoreng udara paling lengkap dalam barisan produk PHILIPS setakat ini dan menggunakan teknologi Philips RapidAirâ„¢ bersama fungsi stim.

    Gabungan teknologi tersebut bertujuan menghasilkan makanan yang rangup di bahagian luar sambil mengekalkan kelembapan di bahagian dalam yang secara tidak langsung mengurangkan risiko makanan menjadi kering seperti yang biasa berlaku pada penggoreng udara tradisional.

    Siri PHILIPS 5000 hadir dengan kapasiti 7.2 liter yang sesuai untuk penyediaan hidangan dalam kuantiti besar pada satu masa. Ia juga dilengkapi fungsi pembersihan stim terbina dalam yang menggunakan wap untuk melembutkan gris bagi memudahkan proses pembersihan selepas penggunaan.

    Semasa pelancaran rasmi, wakil PHILIPS turut menunjukkan demonstrasi masakan secara langsung. Demonstrasi tersebut mempamerkan prestasi produk daripada segi rasa, konsistensi masakan dan kemudahan penggunaan merentasi beberapa jenis hidangan. Penggoreng udara siri 5000 kini boleh didapati di kedai Harvey Norman dengan harga bermula dari RM799.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured