More

    Photoshop kini tersedia untuk Android — Versi beta boleh dimuat turun sekarang

    Adobe secara rasmi mengumumkan kehadiran aplikasi Photoshop untuk peranti Android yang menandakan kali pertama perisian penyuntingan imej profesional itu ditawarkan secara asli kepada pengguna sistem operasi mudah alih tersebut. Versi beta Photoshop untuk Android kini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store.

    Aplikasi ini hadir dengan sokongan ciri penyuntingan teras seperti lapisan, topeng dan alat pemilihan seperti Lasso serta Tap Select. Ia turut menyertakan teknologi Generative Fill berasaskan AI Firefly yang membolehkan pengguna menambah, mengubah atau menghapuskan elemen dalam imej dengan hanya menggunakan teks.

    Adobe turut mengintegrasikan pelbagai alat lain termasuk Spot Healing Brush, Clone Stamp dan akses ke pustaka Adobe Stock untuk aset reka bentuk tambahan. Bagi memudahkan pembelajaran, aplikasi turut disertakan dengan tutorial terbina dalam. Menurut Adobe, versi beta ini menyasarkan pengguna Android 11 dan ke atas dengan keperluan minimum RAM 6GB (8GB disyorkan).

    Adobe menyatakan bahawa ini hanya permulaan dan lebih banyak ciri lanjutan akan diperkenalkan menjelang versi penuh kelak. Untuk pengetahuan, Photoshop untuk iPad telah dilancarkan sebelum ini dan kini, ia tiba untuk platform Android. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Adobe

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...