More

    Pico 4 dilancar: Set kepala VR untuk pengguna umum bermula ~RM1,930

    Pada hari ini, syarikat teknologi dari China, ByteDance, telah melancarkan set kepala baharu untuk kegunaan dalam realiti maya (virtual reality, VR) iaitu Pico 4. Set kepala ini ditujukan untuk para pengguna umum dan bakal bersaing dengan Meta Quest 2 yang sangat popular dalam pasaran.

    Buat mereka yang tidak mengenali ByteDance, ia adalah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi media sosial TikTok. Pico 4 adalah set kepala VR pertama daripada syarikat itu yang akan dijual untuk pasaran antarabangsa. Sebelum ini, Pico hanya membangunkan produk untuk pasaran China.

    Pico 4 bakal dilengkapi cipset Snapdragon XR2, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Untuk kaca mata, ia mempunyai skrin LC berukuran 2.56 inci dengan resolusi 2160×2160 dan menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz. Bagi menjejak persekitaran pengguna, Pico 4 mempunyai empat kamera dan kamera RGB 16MP.

    Kaca matanya dibuat dengan lensa pancake dan mempunyai medan penglihatan seluas 105 darjah. Set kepala ini mempunyai berat 586 gram dan mempunyai tali pengikat yang kukuh.

    Untuk bateri pula, ia mempunyai kapasiti 5,300mAh yang boleh bertahan selama tiga jam. Ia menyokong teknologi pengecasan Qualcomm Quick Charge 3.0 untuk pengecasan pantas.

    Bentuk set kepala Pico 4
    Controller Pico 4

    Set kepala ini turut didatangkan bersama sepasang controller untuk interaksi dalam game serta perisian VR. Pengguna Pico 4 boleh bermain beberapa game eksklusif seperti The Walking Dead: Saints & Sinners 2 dan Peaky Blinders: The King’s Ransom, serta bersenam dengan Pico Fitness.

    Pico 4 akan mula dijual di Eropah bermula 18 Oktober 2022 pada harga EUR429 (~RM1,930) untuk storan 128GB dan EUR499 (~RM2,250) untuk 256GB. Harga untuk pasarfaan Malaysia masih belum diumumkan, namun Pico mempunyai perancangan untuk memperkenalkannya di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan set kepala VR ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...