More

    Pilihan warna HONOR Magic6 diumumkan sebelum pelancaran pada 11 Januari 2024

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar andalan HONOR Magic6 dan HONOR Magic6 Pro di China pada hari Khamis, 11 Januari 2024. Walaupun ia masih belum dilancar secara rasmi, HONOR sudah pun menunjukkan reka bentuk serta pilihan warnanya dalam laman web HONOR China.

    Kedua-dua varian utama Magic6 akan ditawarkan dalam warna putih, hijau, hitam, ungu dan turquoise. Ia turut mempunyai rekaan bonggol kamera yang agak unik, di mana ia menyatakan kebolehan zum 50x untuk Magic6 standard dan zum 100x untuk Magic6 Pro. Varian Pro mempunyai saiz bonggol kamera yang lebih besar sedikit berbanding varian standard.

    Selain dua model telefon ini, HONOR turut akan melancarkan sebuah telefon edisi khas Porsche Design, namun rekaannya masih belum ditunjukkan. Semua telefon Magic6 akan dilengkapkan dengan perisian MagicOS 8.0 yang turut diperkenalkan dalam acara pelancaran yang sama.

    Spesifikasi untuk Magic6 dan Magic6 Pro masih belum diumumkan setakat ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo, HONOR China (1,2)

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured