More

    Platform media sosial perlu letak label untuk kandungan janaan AI – Fahmi Fadzil

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam menggesa semua penyedia platform media sosial di negara ini untuk meletakkan notis untuk kandungan yang dijana AI pada platform mereka. Ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

    Menurut sumber, Fahmi berkata semua penyedia platform media sosial mesti bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku di platform mereka. Tambahnya, sekiranya kandungan dibuat menggunakan Generatif AI, platform mesti meletakkan notis yang mengatakan ‘Dihasilkan oleh Kecerdasan Buatan’ pada siaran itu.

    Fahmi berkata dengan pendedahan sedemikian, pengguna akan tahu bahawa kandungan itu dibuat oleh AI. Beliau kemudian berkata bahawa isu seperti ini adalah satu daripada sebab mengapa kerajaan melaksanakan keperluan pelesenan untuk platform media sosial.

    Menteri Komunikasi itu berkata semua perkara di atas merujuk kepada video yang tular di media sosial yang menyamar sebagai pempengaruh dan usahawan popular Khairul Aming. Video itu dibuat menggunakan video yang dijana AI menggunakan teknologi Deep Fake.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured