More

    PlayStation 5 edisi khas dari Caviar disalut oleh emas seberat 4.5kg, berharga ~RM2 juta!

    Pada hujung tahun lalu, syarikat gajet premium Caviar, telah memgumumkan bahawa mereka akan menghasilkan edisi khas untuk konsol PlayStation 5 yang diberi nama ‘Golden Rock (Batu emas)‘.

    Konsol PlayStation edisi khas ini akan dihasilkan sebanyak 9 unit sahaja dan hadir dengan tanda harga $499,900 (~RM2.02 juta). Harga ini adalah sangat tinggi kerana ianya disalut oleh emas tulen di sekelilingnya.

    Buat masa ini, mereka telah mendapat permohonan sebanyak 1,342 untuk pembelian peranti edisi khas ini. Antara yang berminat untuk membeli Golden Rock ini adalah pemain bola keranjang LeBron James dan juga usahawan terkenal dari Rusia.

    Penghasilan Golden Rock ini mengambil masa selama 4 bulan. Caviar dikatakan telah menggunakan kepakaran kontraktor barang kemas untuk mereka bentuk peranti ini.

    Setiap konsol akan disalut oleh emas 18-karat seberat 4.5 kg. Konsol ini disalut dengan 8 lapisan berbeza yang kemudiannya dibentuk kepada reka bentuk geometrik dan diletakkan ke atas PlayStation 5.

    Untuk controller pula, kemasan luarannya akan diperbuat daripada kulit buaya asli berwarna hitam.

    Selain Golden Rock, Caviar juga bakal menghasilkan dua lagi edisi khas untuk PlayStation iaitu edisi Carbon dan juga edisi Black Leather. Setiap edisi tersebut akan dihasilkan sebanyak 99 unit.

    PlayStation 5 Carbon berharga $5,830 (~RM23,599) dan akan mempunyai kemasan luaran carbon fiber. Untuk edisi Black Leather pula, ia akan mempunyai kemasan luaran kulit buaya dan dijual dengan tanda harga $8,140 (~RM32,899).

    "
    "

    Ketiga-tiga edisi khas peranti ini menggunakan PlayStation 5 edisi digital.

    Adakah anda bakal membeli peranti ini sekiranya anda mampu? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan...

    TSMC dakwa Samsung “masih bermimpi” untuk dominasi industri foundri global

    Pengerusi TSMC, C.C. Wei, menegaskan kedudukan syarikat itu dalam industri foundri global masih kukuh dan percaya pesaingnya masih belum mampu mencabar penguasaan...

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri...

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia....

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus...

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk,...

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula...

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...