More

    PS 6 berpotensi 3 kali lebih berkuasa berbanding PS5

    Sebuah laporan baharu mendakwa bahawa konsol generasi seterusnya daripada Sony iaitu PlayStation 6 berkemungkinan menawarkan lonjakan prestasi ketara sehingga tiga kali ganda berbanding PlayStation 5 khususnya daripada aspek pemprosesan grafik tradisional.

    Semua maklumat ini dipercayai daripada dokumen dalaman berkaitan AMD yang tertiris dan turut mendedahkan bahawa peningkatan lebih besar mungkin berlaku dalam teknologi ray tracing dengan anggaran prestasi antara enam hingga dua belas kali ganda berbanding PS5.

    Ini menunjukkan fokus utama generasi baharu bukan sekadar peningkatan kuasa mentah, tetapi ke arah visual lebih realistik melalui pencahayaan dan bayang dinamik yang lebih kompleks. Dalam masa sama, terdapat dakwaan bahawa prestasi ray tracing PS6 berpotensi menghampiri tahap GPU kelas tinggi seperti NVIDIA RTX 5090.

    Namun, perbandingan ini dipercayai hanya terhad kepada senario tertentu dan tidak mewakili prestasi keseluruhan sistem memandangkan konsol masih perlu mengekalkan keseimbangan antara kuasa, kos dan penggunaan tenaga. Selain itu, seni bina baharu dijangka memanfaatkan teknologi peningkatan imej berasaskan AI seperti FidelityFX Super Resolution (FSR) bagi membolehkan resolusi tinggi dan kadar bingkai stabil tanpa keperluan perkakasan yang terlalu ekstrem.

    Pendekatan ini selari dengan trend industri yang kini lebih menumpukan kepada kecekapan dan pemprosesan pintar berbanding sekadar peningkatan spesifikasi. Walaupun semua maklumat masih belum disahkan secara rasmi oleh Sony, PlayStation 6 dijangka hanya akan dilancarkan sekitar tahun 2027 hingga 2028 berdasarkan kitaran konsol terdahulu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mydrivers

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured