Sejak akhir Mei, Sony Interactive Entertainment mengesahkan bahawa konsol permainan pegang tangan sedang dalam proses penghasilan. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Project Q dan kini, ia mempunyai nama baharu iaitu PlayStation Portal.
Seperti sebelum ini, pengawal adalah sama dengan pengawal wayarles PS5 DualSense termasuk pemicu penyesuaian dan maklum balas haptik. Skrin LCD masih 8 inci dan ia boleh berjalan pada 1080p@60FPS. PS Portal tidak berfungsi seperti Steam Deck, ROG Ally atau Nintendo Switch kerana ia bergantung pada konsol PS5 sedia ada untuk disambungkan dari jauh melalui WiFi.


Dalam erti kata lain, selagi anda mempunyai permainan yang dipasang pada konsol PS5, anda akan dapat bermain dari jauh di mana-mana sahaja di dalam rumah. Selain itu, ia juga menyokong bicu audio tetapi tidak akan dapat memainkan permainan PS VR2 yang distrim melalui perkhidmatan penstriman awan PS Plus Premium.
Sony merancang untuk melancarkan PS Portal akhir tahun ini dengan harga 199.99 USD (~RM928). Sony akan mengumumkan butiran lanjut mengenai tempahan dan ketersediaannya dalam pasaran global tidak lama lagi.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.
Sumber: PlayStation.Blog







