More

    PlayStation Stars ditamatkan Julai ini, program kesetiaan baharu bakal diperkenal

    Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan penamatan rasmi program kesetiaan PlayStation Stars yang dilancarkan pada tahun 2022 sebagai sebahagian daripada usaha menilai semula pendekatan terhadap ganjaran dan keterlibatan komuniti pemain di masa depan.

    Versi semasa PlayStation Stars akan dihentikan secara berperingkat bermula 21 Mei 2025 di mana tiada lagi pendaftaran baharu akan dibuka kepada pengguna. Pengoperasian penuh program ini dijadualkan berakhir pada 23 Julai 2025 manakala tempoh penebusan ganjaran melalui mata yang diperoleh akan diteruskan sehingga 2 November 2026.

    Pihak PlayStation menasihatkan pengguna agar menebus mata ganjaran mereka sebelum tarikh luput kerana Points yang tidak digunakan selepas tarikh tersebut akan terbatal. Ahli yang memilih untuk membatalkan keahlian bermula sekarang juga tidak akan dapat menyertai semula versi semasa program ini dan akan kehilangan semua mata yang dikumpul.

    Perincian penamatan program:

    • 21 Mei 2025 – Tiada lagi pendaftaran baharu untuk PlayStation Stars.
    • 23 Julai 2025 – Semua aktiviti dan ganjaran baharu akan dihentikan.
    • 2 November 2026 – Tarikh akhir untuk penebusan mata ganjaran sedia ada sebelum pelupusan sepenuhnya.

    Walaupun ganjaran Points akan dihentikan, pengguna masih boleh mengakses koleksi digital (Digital Collectibles) mereka walaupun selepas PlayStation Stars ditamatkan. PlayStation Stars diperkenalkan sebagai platform ganjaran digital kepada pemain yang aktif bermain, membeli permainan dan menyelesaikan pencapaian tertentu.

    SIE memberi jaminan bahawa penamatan ini bukanlah pengakhiran kepada usaha mereka menghargai komuniti pemain, sebaliknya menjadi asas untuk memperkenalkan pendekatan yang lebih moden dan inklusif dalam membina kesetiaan jangka panjang.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PlayStation

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured