More

    PLUS dan LPT cadangkan waktu perjalanan sempena Hari Raya untuk elakkan kesesakan

    Menjelang Hari Raya Aidilfitri, pasti akan berlakunya kesesakan lebuh raya kerana rakyat Malaysia mengambil peluang pada tahun ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur telah mengeluarkan cadangan bagi mengatasi masalah ini.

    Bagi lebuhraya PLUS (Utara-Selatan), orang ramai dicadangkan untuk bergerak keluar sebelum 10.00 pagi dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor. Waktu yang sesuai memulakan perjalanan adalah antara 29 April sehingga 2 Mei 2022. 

    Mereka yang kembali ke Lembah Klang pula diminta untuk bergerak sebelum pukul 9.00 pagi pada 5 Mei hingga 9 Mei 2022.

    Perjalanan Lebuhraya Pantai Timur untuk ke Pahang disarankan bergerak pada 10.00 pagi ke 2.00 petang bermula pada 30 April hingga 2 Mei 2022 manakala Kelantan dan Terengganu disarankan antara 6.00 pagi ke 10.00 pagi atau 5.00 petang hingga 8.00 malam.

    Perjalanan pulang juga tidak dikecualikan. Untuk bergerak dari Pahang, anda digalakkan untuk memulakan perjalanan antara 6.00 pagi ke 10.00 pagi pada 7 Mei dan 8 Mei 2022 manakala Terengganu disarankan bergerak antara 8.00 pagi ke 11.00 pagi atau 8.00 malam ke 10.00 malam. Kelantan ke Lembah Klang pula boleh bergerak antara 6.00 petang ke 8.00 malam dan 10.00 malam ke 12.00 malam.

    Jadual yang disediakan mungkin dapat membantu kesesakan di lebuhraya ketika musim perayaan nanti. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured