More

    PLUS-TNB bakal bina 18 stesen pengecas EV di sepanjang lebuh raya menjelang akhir tahun ini

    Tenaga Nasional Bhd (TNB) bekerjasama dengan Plus Malaysia Bhd (PLUS) untuk membina 18 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di sepanjang Lebuhraya PLUS menjelang akhir tahun ini. Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak berkata kemudahan pengecasan TNB Electron kini boleh didapati di tiga kawasan Rehat dan Rekreasi (R&R).

    Kawasan R&R yang terlibat adalah di Ayer Keroh (arah utara) dan Tapah (arah utara) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Paka (arah utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Enam lagi kemudahan pengecasan TNB Electron sedang dibina di R&R Machap (arah selatan), Rawang (arah utara), Gunung Semanggol (arah selatan), Gurun (arah utara dan selatan) dan Paka (arah selatan) yang dijangka siap tahun ini.

    Ia selaras dengan aspirasi Malaysia ke arah mencapai status negara neutral karbon. Penggunaan tenaga elektrik di sembilan TNB Electrons yang dianggarkan 99,000 kWj tahun ini akan mengelakkan pelepasan 7.2 tan metrik karbon dioksida bersama gas rumah hijau sebanyak 3.43 hektar hutan.

    Setakat 20 Jan tahun ini, sebanyak 20 kemudahan pengecasan pantas telah beroperasi di sepanjang Lebuhraya PLUS dan pihaknya bersedia menambah lebih banyak kemudahan serupa di kawasan R&R lain.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Nothing dijangka lancarkan jam tangan pintar pertama September ini

    Nothing dilapor bakal melancarkan jam tangan pintar pertama menjelang September ini. Maklumat tertiris mendakwa peranti berkenaan akan ditawarkan pada harga bawah $300...

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun...

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured