More

    PM Anwar akan lancar Pangkalan Data Utama (PADU) pada 2 Januari 2024 untuk mudahkan pemberian subsidi

    Pada hari esok (2 Januari 2024), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu sebuah sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah untuk warganegara dan pemastautain tetap dalam Malaysia.

    Apa itu PADU?

    PADU ditubuhkan bagi menyediakan pangkalan data utama negara yang selamat, lengkap dan hampir masa sebenar (real-time) yang membolehkan analitik data lebih tepat, penggubalan dasar berpandukan data dan membenarkan pelaksanaan dasar secara bersasar untuk mengimbangi kedudukan fiskal.

    Ia juga akan meningkatkan kecekapan pengurusan, pengumpulan dan penyimpanan data daripada pelbagai sumber. Maklumat profil rakyat akan diperoleh melalui pengintegrasian data pendtabiran daripada pelbagai sumber, menakala data selebihnya akan dikemas kini oleh individu.

    Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan seperti subsidi dengan lebih cekap, serta menjimatkan sumber secara signifikan.

    Bila saya boleh daftarkan diri?

    Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan dan membuat semakan data di portal PADU, serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan. Sistem PADU akan dibuka secara rasmi kepada seluruh rakyat Malaysia selepas majlis pelancaran yang akan dilakukan pada hari esok.

    Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sistem PADU membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak untuk menerima subsidi bersasar. Sistem PADU akan mengenal pasti pelbagai faktor seperti bilangan tanggungan, jumlah pendapatan dan tahap isi rumah sama ada B40, M40 atau T20.

    Di samping itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengemas kini maklumat dalam PADU, namun mereka berisiko untuk tercicir daripada menerima subsidi bersasar yang akan menggunakan data PADU pada masa hadapan.

    Bagi menggalakkan rakyat untuk mengemas kini data PADU, beliau berkata 3,000 orang terawal yang mendaftar dan mengemas kini data di PADU akan menerima kad NFC Touch ‘n Go secara percuma. Mereka yang mendaftar di PADU juga boleh menerima diskaun di pasar raya MYDIN.

    "
    "

    Adakah data saya selamat?

    Beliau turut menjelaskan bahawa data perbankan tidak termasuk dalam PADU kerana Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) melarang data tersebut daripada digunakan oleh pihak lain. Daripada segi pengurusan pula, data PADU tidak akan dikongsikan dengan mana-mana pihak kerana ia bertentangan dengan undang-undang.

    Walaupun pelbagai agensi kerajaan akan menyumbang kepada pengumpulan data PADU, bukan semua agensi boleh ambil data tersebut untuk kegunaan sendiri. Data yang ada dalam PADU hanya boleh digunakan oleh agensi tertentu, bergantung kepada kes.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA, BERNAMA, Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured