More

    PM Anwar: Ericsson akan kekal bangunkan rangkaian 5G Malaysia

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pelaburan dan kerjasama berterusan dengan syarikat teknologi telekomunikasi antarabangsa Ericsson akan membangunkan Malaysia sebagai negara teknologi 5G yang terkemuka di persada dunia. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu beliau bertemu dengan delegasi Ericsson yang diketuai presiden dan CEO Börje Ekholm semalam.

    Dalam pertemuan tersebut, mereka membincangkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang telah melebihi 80 peratus daripada kawasan berpenduduk, serta mencatatkan prestasi dan pengalaman pengguna yang antara terbaik di dunia.

    Beliau mengalu-alukan pelaburan, kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran dalam meningkatkan keupayaan peluasan rangkaian 5G yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai sektor.

    Sebelum ini, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh David Hägerbro berkata rangkaian 5G Malaysia berada dalam kedudukan lima teratas di dunia dan antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan tersebut adalah keluasan rangkaian, harga mampu milik, penggunaan yang mantap dan kebolehan rangkaian yang tinggi.

    Ericsson telah membantu kerajaan dalam membina rangkaian 5G negara sejak 2021, dengan kos berjumlah RM11 bilion. Kerajaan telah memilih syarikat telekomunikasi Sweden itu dan menolak syarikat-syarikat pesaing seperti Nokia, HUAWEI, ZTE, Samsung, NEC dan Cisco.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...