More

    PM Anwar: Kolaborasi kerajaan dengan Elon Musk akan bawa ribuan peluang pekerjaan

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan ahli perniagaan ternama Elon Musk akan memperkenalkan ribuan peluang pekerjaan dalam negara. Perkara tersebut diumumkan selepas Musk bersetuju untuk membuat pelaburan penting di Malaysia, termasuklah menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

    Baru-baru ini, beliau telah bertemu Musk dalam sebuah mesyuarat digital yang turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata Musk bersetuju untuk membuat pelaburan yang melibatkan syarikat-syarikat miliknya iaitu syarikat aeroangkasa SpaceX, perkhidmatan internet satelit Starlink dan kenderaan elektrik Tesla.

    Tiga syarikat Malaysia akan terlibat dalam membina projek dengan SpaceX, manakala Starlink pula boleh menyediakan akses internet dan rangkaian telekomunikasi yang mampu milik untuk kawasan luar bandar, sekolah dan universiti.

    Pada masa ini, beliau berkata kerajaan akan membeli 40 peranti internet Starlink untuk digunakan dalam institusi pendidikan di seluruh negara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured