More

    PM Anwar umum BUDI95: Petrol RON95 hanya RM1.99 Seliter bermula 30 September ini

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan subsidi bersasar petrol RON95 melalui Program Budi Madani RON95 (BUDI95) bermula 30 September 2025. Melalui program ini, harga petrol RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter dengan siling penggunaan 300 liter sebulan bagi setiap rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu sah.

    Sekiranya jumlah pengisian melebihi had tersebut, harga pasaran semasa iaitu RM2.60 seliter akan dikenakan. Had 300 liter ini tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya dan akan diset semula setiap bulan. Menariknya, program ini tidak memerlukan rakyat melakukan sebarang pendaftaran tambahan kerana pengesahan akan dibuat secara automatik menggunakan MyKad dan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Proses ini akan disahkan sama ada melalui terminal dalam kedai stesen minyak mahupun terus di pam minyak. Selain itu, aplikasi dompet digital seperti Touch ’n Go eWallet, Setel dan CaltexGo juga menyokong transaksi subsidi ini dengan hanya melalui pengesahan identiti menggunakan sistem eKYC terbina.

    BUDI95 turut memberi kelonggaran khas kepada pemandu e-hailing di mana mereka boleh memohon pengisian tambahan melebihi had 300 liter untuk menyokong kelangsungan pekerjaan. Sementara itu, bukan warganegara termasuk kenderaan asing tidak layak menikmati subsidi ini dan perlu membayar harga pasaran penuh. Selain RON95, harga petrol RON97 akan terus diapungkan mengikut kadar pasaran semasa, iaitu RM3.21 seliter.

    Menurut Perdana Menteri, langkah ini bertujuan memastikan pengagihan subsidi dilakukan secara lebih adil, telus dan tanpa ketirisan, berbanding sistem terdahulu. Beliau juga mengingatkan rakyat agar menyemak keadaan cip MyKad serta lesen memandu masing-masing lebih awal bagi mengelakkan masalah teknikal semasa pengisian. Ujarnya lagi, Kementerian Kewangan akan memberi penerangan terperinci dari semasa ke semasa, bagi memastikan semua pihak jelas mengenai pelaksanaan subsidi petrol bersasar ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malaysia Madani

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured