More

    PM lancarkan AI untuk Rakyat bagi percepatkan celik digital, sasar 1 juta pengguna tahun ini

    Kerajaan memandang serius terhadap transformasi digital negara serta mahu memastikan rakyat Malaysia menyedari sepenuhnya inisiatif untuk mempromosikan literasi digital dan kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Tambahnya, kerajaan tiada pilihan selain menyedarkan orang ramai tentang kepentingan celik digital dan celik AI. Anwar berkata program itu disasarkan mencecah satu juta pengguna menjelang akhir tahun ini. AI untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai mengenai AI.

    Dilaporkan bahawa sektor digital Malaysia memberi sumbangan sebanyak 23.2 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) manakala ekonomi digital dijangka meningkatkan dan diunjurkan menyumbang 25.5 peratus kepada ekonomi negara menjelang 2025 serta mewujudkan sehingga 500,000 pekerjaan.

    Sementara itu, Anwar menyeru penjawat awam dan pelajar menyertai program AI Untuk Rakyat secepat mungkin. Program AI untuk Rakyat dilancarkan dengan kerjasama pengeluar cip semikonduktor, Intel dan pengguna boleh mendaftar di www.ai.gov.my.

    Perdana Menteri turut menyeru naib canselor universiti memastikan semua pelajar menghadiri program empat jam pemahaman asas AI melalui laman web. Anwar juga mahu semua ketua pengarah agensi kerajaan menyerahkan laporan mereka mengenai celik AI kepada kementerian masing-masing dalam tempoh sebulan.

    Program AI Untuk Rakyat ialah usaha merentas kementerian dan jabatan kerana akan menjadi satu kerugian besar jika kakitangan awam tidak memanfaatkannya secara optimum. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured