More

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Beliau berkata demikian sewaktu melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS 2024) pada hari ini di Kuala Lumpur.

    Beliau berkata ekosistem itu perlu dibina dengan empat teras iaitu tadbir urus AI (AI governance) untuk memastikan inovasi AI yang sistematik; pemangkin AI (AI catalyst) melalui Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) untuk pastikan penyelarasan dalam bidang pendidikan; pembangunan industri AI melalui kerjasama syarikat antarabangsa; serta bakat AI yang merangkumi golongan profesional, individu berkemahiran dan kerjasama dengan akademia.

    Untuk memastikan Malaysia mempunyai ekosistem mantap dalam menarik pelaburan dalam bidang AI, Anwar meminta semua menteri yang terlibat untuk menggesa penjawat awam, universiti dan insitusi latihan bergerak ke arah tersebut. Buat masa ini, Malaysia mengalami kekurangan sekitar 30,000 jurutera untuk memenuhi keperluan industri AI.

    Beliau turut melancarkan Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan memuji kejayaan universiti berkenaan kerana berjaya menubuhkan fakulti tersebut dalam masa hanya empat bulan selepas diminta oleh kerajaan.

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi latihan juga digesa untuk berinteraksi dengan wakil industri untuk meningkatkan kualiti latihan dalam membina jurutera berkemahiran tinggi, bukan sekadar fokus pada bilangan graduan semata-mata.

    Bagi memudahkan pembelajaran AI, Pelajar-pelajar IPT akan mendapat akses kepada maklumat dan kajian di peringkat kementerian dan agensi kerajaan dalam tempoh dua minggu lagi. Akses itu akan diberikan melalui pengkomputeran awan yang diselaraskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

    Anwar turut mengingatkan bahawa negara perlu menarik minat anak-anak muda, terutamanya pelajar sekolah, terhadap mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang semakin terhakis pada waktu ini. Ini adalah supaya ekosistem AI negara boleh terus dibina dengan memanfaatkan akar umbi yang teguh.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BERNAMA, BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured