More

    PM umum diskaun tol 50%, cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan diskaun 50% kadar tol di semua lebuh raya utama sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Inisiatif ini berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam 18 Mac hingga 11.59 malam 19 Mac 2026. Diskaun terpakai khusus untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di kebanyakan lebuh raya seluruh negara.

    Bagaimanapun, ia tidak melibatkan Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia–Singapura. Menurut Anwar, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM21.03 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya susulan pengurangan kadar tol.

    Keputusan tersebut dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet sebagai langkah bersasar bagi meringankan beban kewangan rakyat sepanjang musim perayaan. Sementara itu, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi memaklumkan pemilihan tarikh pelaksanaan diskaun bertujuan mengurangkan kesesakan trafik ketika tempoh puncak pergerakan balik kampung.

    Langkah itu juga membolehkan pengendali lebuh raya menyelaras aliran trafik serta pengurusan fasiliti seperti kawasan rehat dan hentian sebelah. Dalam masa sama, beliau mengarahkan semua kerja penyelenggaraan lebuh raya dihentikan dari 18 hingga 30 Mac bagi mengelakkan penutupan lorong dan meminimumkan gangguan perjalanan pengguna.

    Secara berasingan, kerajaan turut bersetuju memberikan satu hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri. Tarikh sebenar akan ditentukan berdasarkan pengumuman rasmi cerapan anak bulan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured