More

    PMX mahu sistem iPayment diperluas ke semua kementerian dan jabatan persekutuan

    Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggesa penggunaan Sistem Pembayaran Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) diperluaskan ke semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini. Beliau menekankan kepentingan mempercepatkan pelaksanaan sistem ini agar rakyat dapat segera menikmati manfaat dan inovasi yang ditawarkan.

    Menurutnya, iPayment bukan sahaja memperkenalkan inisiatif baharu, tetapi juga meningkatkan kecekapan dan mengurangkan birokrasi yang membazirkan masa. Tambahan, beliau menggesa agar pelaksanaan iPayment dipercepatkan dari akhir April ke awal Mac.

    Malaysia perlu bergerak lebih pantas dalam transformasi digital agar tidak ketinggalan berbanding negara lain seperti Estonia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. Sistem iPayment dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JAN) pada awal 2022 dengan Fasa 1 melibatkan saluran portal dalam talian.

    Kini, ia diperluaskan melalui Fasa 2 dengan penambahan saluran pembayaran di kaunter serta aplikasi mudah alih. Sistem ini membolehkan pelanggan perkhidmatan kerajaan membuat pembayaran secara dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit, kad prabayar, perbankan internet, kod QR dan e-dompet.

    Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan iPayment masih belum disahkan dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured