More

    POCO C40 akan dilancar pada 16 Jun 2022, dilengkapi bateri 6,000mAh

    POCO bakal melancarkan telefon pintar kelas permulaan baharu iaitu POCO C40 pada hari Khamis, 16 Jun 2022. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook, Twitter, YouTube dan laman web POCO.

    Syarikat itu telah pun berkongsi beberapa poster untuk telefon tersebut yang mengesahkan beberapa spesifikasi utama. Antaranya, POCO C40 bakal dilengkapi bateri berkapasiti besar iaitu 6,000mAh yang pasti boleh bertahan sehingga dua hari.

    Selain itu, ia juga akan mempunyai skrin Dot Drop berukuran 6.71 inci. Nama Dot Drop itu mungkin menandakan bahawa ia akan mempunyai kamera swafoto dalam takuk (notch).

    Warna yang telah disahkan pula adalah kuning POCO Yellow, iaitu sebuah warna yang sinonim dengan penjenamaan POCO.

    Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuklah cipset Snapdragon 680, kamera 50MP, RAM 3GB atau 4GB dan storan UFS2.2. POCO pasti akan mendedahkan lebih banyak spesifikasi telefon ini apabila hari pelancarannya semakin hampir.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured