More

    POCO F2 melepasi SIRIM, bakal dilancarkan di Malaysia

    POCO sudah mendapat tempat di pasaran teknologi memandangkan perantinya yang terdahulu mendapat jolokan nama ‘flagship killer’. Terkini, sebuah peranti dengan nama model M2004J11G dilaporkan melepasi pengesahan SIRIM dan peranti ini diyakini sebagai POCO F2.

    Setakat ini, kami masih tidak mempunyai maklumat kukuh mengenai spesifikasi POCO F2, mahupun tarikh pelancarannya di Malaysia. Jangkaan yang paling popular untuk peranti ini adalah mungkin ia merupakan penjenamaan semula dari Redmi atau Xiaomi. Walaupun jangkaan ini sudah diketahui, tetapi harganya yang menarik masih mampu menarik minat peminat teknologi.

    Apa yang kami tahu adalah, POCO F2 Pro yang bakal dilancarkan secara global pada 12 Mei ini. Terdahulu, kami telah melaporkan acahan POCO F2 Pro. POCO kemudiannya mengongsikan tarikh pelancaran global melalui akaun Twitternya.

    Apakah jangkaan anda terhadap peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Amanz | POCO

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...