More

    POCO F3 GT lepasi pensijilan BIS, akan dilancar di India tidak lama lagi

    Terbaru, sebuah telefon pintar Xiaomi dengan nombor model M2104K10I telah dikesan di pangkalan data BIS. Model ini dikatakan merujuk kepada POCO F3 GT yang bakal dilancar pada suku ketiga tahun ini. Penyenaraian BIS ini juga mengesahkan kehadirannya ke pasaran India dalam masa yang tedekat.

    Varian asal peranti ini adalah M2104K10C dan ia telah dilancarkan pada bulan April lalu dengan nama Redmi K40 Gaming Edition. Seperti biasa, peranti Redmi ini akan dijenamakan semula ke jenama POCO untuk pasaran India.

    Untuk spesifikasinya, POCO F3 GT dikhabarkan akan hadir dengan skrin AMOLED 6.67 inci beresolusi Full HD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Peranti ini bakal menggunakan antara muka MIUI 12.5 atas perisian Android 11.

    POCO F3 GT juga akan datang dengan kamera swafoto 16MP, kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Ia juga akan dilengkapi sensor cap jari sisi.

    Redmi K40 Gaming Edition

    Seperti Redmi K40 Gaming Edition, ia juga akan dikuasai oleh cipset Mediatek Dimensity 1200 bersama RAM 12GB LPDDR4x dan storan UFS 3.1 sebesar 256GB. Baterinya adalah 5,065mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

    Untuk harga pula, ia mungkin akan dijual di India sekitar Rs 25,000 (~RM1,399) dan Rs 30,000 (~RM1,679).

    Adakah anda menantikan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured