More

    POCO F4 GT bakal dilancar, mungkin sebagai Redmi K50 Gaming Pro yang dijenama semula

    Hari ini, POCO F4 GT telah diumumkan dan akan dilancarkan pada 26 April 2022. Menurut sumber, Geekbench telah mendedahkan spesifikasi bagi POCO F4 GT. 

    Peranti tersebut mungkin menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan RAM 12GB dengan 1243 dan 3726 mata untuk ujian teras tunggal dan berbilang terasnya. Selain itu, POCO F4 GT boleh menjadi peranti Redmi K50 Gaming Pro yang dijenamakan semula.

    Ini bermakna POCO F4 GT mungkin menampilkan paparan OLED 6.67 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 480Hz. Selain itu, ia mungkin mempunyai bahan Corning Gorilla Victus Glass serta gamut warna 10bit. Ia membawa tri-kamera belakang 64MP (utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro) manakala kamera hadapan 20MP.

    Pek bateri dijangka jenis dwi-sel 4,700mAh dengan teknologi pengecasan pantas 120W. Seperti varian gaming, ia seharusnya mempunyai sistem penyejukan, butang fizikal pop timbul, sistem pembesar suara JBL, mikrofon gaming dan NFC dan MIUI 13 berdasarkan Android 12.

    Nampkanya, kami perlu menunggu siaran langsung yang akan disiarkan di YouTube, Facebook Xiaomi dan POCO serta Twitter bermula jam 8 malam.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured