More

    POCO F7 rasmi di Malaysia dengan SD 8s Gen 4, bateri 6,500mAh bermula RM1,799

    POCO secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharu POCO F7 yang hadir dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang menawarkan peningkatan prestasi lebih 30 peratus berbanding model terdahulu dengan skor AnTuTu melebihi 2 juta.

    Ia dilengkapi sistem penyejukan 6000mm² 3D Dual-Channel IceLoop yang merupakan terbesar dalam sejarah POCO untuk mengekalkan kestabilan prestasi. Baterinya juga terbesar dalam siri F dengan kapasiti 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas HyperCharge 90W dan mampu mengecas sehingga 80% dalam hanya 30 minit serta menyokong pengecasan berbalik 22.5W.

    Skrinnya bersaiz 6.83 inci dengan resolusi 1.5K ultra-terang yang mampu mencapai kecerahan puncak 3200 nits. Paparannya tiba dengan teknologi seperti Sunlight Display 4.0, pensijilan TÜV untuk keselesaan mata dan kadar pensampelan sentuhan 2560Hz. Malah, skrin ini juga menyokong operasi jari basah.

    POCO F7 tampil moden dengan rangka aluminium CNC, panel kaca belakang dan bezel nipis yang menghasilkan nisbah skrin ke badan sebanyak 94.23%. Menariknya, model Cyber Silver Edition yang diperkenalkan khas hadir dengan logo Snapdragon yang tertera pada belakang telefon.

    Telefon ini juga dibina untuk tahan lasak dengan struktur yang mampu menahan tekanan sehingga 70kg dan ketahanan IP68 terhadap air dan habuk. Bagi penggemar fotografi, POCO F7 menawarkan kamera utama 50MP Sony IMX882 dengan penstabilan imej optikal (OIS). Ia turut menyokong fungsi seperti UltraSnap, Live Photo dan AI Beautify.

    Mod potret yang fleksibel menawarkan panjang fokus 26mm, 35mm dan 52mm untuk hasil lebih kreatif. POCO F7 kini boleh didapati di Malaysia menerusi laman rasmi mi.com dan platform Shopee serta Lazada. Tiga warna ditawarkan seperti Hitam, Putih dan Perak dengan dua pilihan storan iaitu 12/256GB dan 12/512GB.

    Spesifikasi lengkap POCO F7:

    • Skrin AMOLED 6.83 inci, 1.5K (1280 x 2772 piksel), kadar segar semula 120Hz, 3840Hz PWM dimming, Dolby Vision, HDR10+, kecerahan puncak 3200 nits, TÜV Rheinland certified (Low Blue Light, Flicker Free, Circadian Friendly), sokong Wet Touch Display 2.0
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4 (4nm) dengan cip grafik Adreno 825
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan 256GB atau 512GB UFS 4.1 (tiada slot kad tambahan)
    • Kamera utama 50MP (f/1.5, 26mm, Sony IMX882, OIS) dan ultra-lebar 8MP (f/2.2, 15mm)
    • Kamera hadapan 20MP (f/2.2, wide), rakaman video hingga 1080p@60fps, dengan sokongan HDR
    • Bateri 6500 mAh
    • Pengecasan pantas (HyperCharge) 90W dan pengecasan berbalik berwayar 22.5W dengan sokongan PD3.0 serta QC3+
    • Sokongan: IP68 kalis air & habuk, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC, pengimbas cap jari dalam skrin, Surge T1s signal tuner, Xiaomi HyperOS 2 (berasaskan Android 15) dan WildBoost Optimization 4.0
    • Warna: Hitam,Putih, dan Cyber Silver (dengan logo Snapdragon eksklusif)
    • Harga: 12/256GB: RM1,799 | 12/512GB: RM1,999

    Harga rasmi masing-masing ialah RM1,799 dan RM1,999 tetapi pembeli awal boleh menikmati harga promosi iaitu RM1,599 dan RM1,699 sehingga 9 Julai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...