More

    POCO M5 dan M5s dilancar di Malaysia: Cipset Helio G99, skrin 90Hz, bateri 5,000mAh bermula RM649

    POCO Malaysia telah melancarkan dua buah telefon kelas permulaan iaitu POCO M5 dan POCO M5s. Kedua-dua telefon ini menampilkan spesifikasi menarik untuk harga yang ditawarkan.

    POCO M5

    POCO M5 dilengkapi cipset MediaTek Helio G99 yang dibina dengan nod proses 6nm untuk prestasi pantas dalam semua kegunaan. Selain itu, ia turut dilengkapi skrin 6.58 inci dengan resolusi FullHD+ dan DynamicSwitch 90Hz yang boleh melaraskan kadar segar semula secara automatik bagi menjimatkan bateri.

    Ia turut dilengkapi bateri besar berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W. Untuk kamera pula, ia terdiri daripada kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO M5:

    • Skrin 6.58 inci, resolusi FullHD+ (2408×1080), kadar segar semula 90Hz, kecerahan 500 nits
    • Cipset MediaTek Helio G99
    • RAM 4GB atau 6GB
    • Storan dalaman 64GB atau 128GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 18W (pengecas 22.5W diberikan dalam kotak)
    • Kamera utama 50MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 5MP
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Bicu audio 3.5mm, port USB-C
    • Pemancar infra-merah (IR)
    • Pilihan warna hitam, hijau dan kuning
    • Harga:
      • 4GB+64GB: RM649 (harga promosi awal: RM599) di Lazada atau Shopee
      • 6GB+128GB: RM799 (harga promosi awal: RM699) di Lazada atau Shopee

    POCO M5s

    POCO M5s pula menawarkan spesifikasi yang lebih canggih sedikit berbanding POCO M5. Ia menawarkan kamera dengan fungsi yang lebih luas, di mana ia terdiri daripada kamera utrama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, sensor kedalama 2MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 13MP. Telefon ini juga boleh merekod video dalam resolusi 4K 30fps.

    Skrinnya pula mempunyai panel AMOLED berukuran 6.43 inci dengan resolusi FullHD+, namun kadar segar semula masih standard 60Hz. Spesifikasi dalamannya termasuklah cipset Helio G95 dan bateri besar 5,000mAh.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO M5s:

    • Skrin AMOLED 6.43 inci, resolusi 2400×1080, kecerahan 1,100 nits, dibina dengan Gorilla Glass 3
    • Cipset MediaTek Helio G95
    • RAM 4GB atau 6GB
    • Storan dalaman 64GB atau 128GB, boleh dibesarkan sehingga 1TB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Rating kalis air IP53
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Pemancar infra-merah, NFC
    • Dwi-pembesar suara, bicu audio 3.5mm
    • Pilihan warna kelabu, putih dan biru
    • Harga:
      • 4GB+64GB: RM699 (harga promosi awal: RM659) di Lazada atau Shopee
      • 6GB+128GB: RM899 (harga promosi awal: RM849) di Lazada atau Shopee

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured