More

    POCO M5s dan M5 bakal dilancarkan di Malaysia pada 5 September ini

    Selepas melancarkan POCO M4 5G untuk pasaran global dan Malaysia pada 18 Ogos lalu, POCO sekali lagi mengemaskini telefon baharu dalam siri M-nya. Kali ini, POCO bakal melancarkan dua buah telefon pintar iaitu POCO M5s dan M5.

    Dalam sebuah hantaran di Facebook rasmi milik POCO Malaysia, mereka telah menyiarkan poster mengenai pelancaran dua buah telefon tersebut. Kedua-dua peranti akan dilancarkan pada 5 September 2022 pada pukul 8 malam yang bakal disiarkan secara strim langsung melalui Facebook, Twitter, Youtube dan POCO Store.

    https://www.facebook.com/POCOMalaysiaOfficial/photos/a.123088269363620/614552320217210/?type=3

    Berita sebelum ini mendedahkan bahawa POCO M5 dijangka dilengkapi cipset MediaTek Helio G99 berasaskan 6nm manakala bagi POCO M5s ia mungkin dilengkapi cipset dengan prestasi yang sama. Mungkin kedua-dua model akan datang dengan spesifikasi bagi telefon pintar kelas pertengahan.

    Jika anda tidak mahu terlepas POCO M5 dan POCO M5s baharu, jangan lupa untuk menantikan sidang akhbar 5 September. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured