More

    POCO M6 dilancar: Kamera 108MP, cipset Helio G91, skrin 6.79″ bermula ~RM610

    POCO telah melancarkan telefon pintar mampu miliknya yang terbaru iaitu POCO M6. Ia dilengkapi beberapa spesifikasi dan ciri-ciri yang sekadar mencukupi untuk kegunaan harian.

    Telefon ini mempunyai skrin IPS LCD berukuran 6.79 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 550 nits. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Helio G91, RAM 6GB atau 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

    Baterinya pula berkapasiti 5,030mAh dengan pengecasan pantas 33W melalui port USB-C. Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 108MP yang biasanya hanya terdapat dalam telefon lebih mahal, serta kamera makro 2MP. Kamera hadapannya pula ialah kamera 13MP.

    Spesifikasi lain termasuklah dulang kad dwi-SIM dan microSD, HyperOS, Bluetooth 5.4, NFC, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari sisi. Pilihan warnanya pula terdiri daripada hitam, perak atau ungu.

    POCO M6 akan dijual untuk pasaran antarabangsa pada harga USD129 (~RM610) dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: POCO

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured