More

    POCO M7 Pro 5G dilancar di Malaysia dengan Dimensity 7025-Ultra, AMOLED 6.67″ 120Hz bermula RM999

    POCO hari ini secara rasmi telah melancarkan POCO M7 Pro 5G iaitu sebuah telefon pintar 5G pada harga berpatutan. Ia dikuasakan oleh cipset Dimensity 7025-Ultra yang mencatat skor 477,003 dalam ujian AnTuTu dan menjadi antara telefon paling berkuasa dalam kelasnya.

    POCO M7 Pro 5G didatangkan dengan varian RAM sehingga 12GB (12GB RAM tambahan melalui Memory Extension) dan storan UFS 2.2 256GB. Paparan AMOLED 6.67 inci FHD+ menawarkan kecerahan maksimum 2100 nits, kadar segar semula 120Hz dan perlindungan mata dengan pelbagai pensijilan TÜV Rheinland.

    Sistem audio dua pembesar suara pula hadir dengan Dolby Atmos dan Hi-Res Audio serta 300% Volume Boost untuk pengalaman bunyi lebih jelas. Kamera belakang mempunyai sensor 50MP Sony IMX882 dengan OIS dan EIS manakala kamera hadapan 20MP menyokong AI wide-angle. Teknologi AI seperti AI Bokeh, AI Erase dan Ultra Night Mode juga disediakan.

    POCO M7 Pro 5G mempunyai rekaan nipis 75.7mm, berat hanya 190g dan memiliki perlindungan IP64 kalis air serta habuk. Baterinya berkapasiti 5110mAh menyokong pengecasan pantas 45W. Ia tersedia dalam tiga warna iaitu hijau, perak dan ungu.

    POCO M7 Pro 5G boleh didapati di mi.com, Shopee dan Lazada dengan dua pilihan varian iaitu 8GB/256GB berharga RM999 (promosi awal RM799) dan varian 12/256GB berharga RM1,099 (promosi awal RM899). Promosi berlangsung hingga 17 April 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured