More

    POCO Pad C1 turut dilancar di Malaysia dengan SD 6s 4G Gen 2 dan bateri 7,600mAh, bermula RM599

    Selain C81 Pro, POCO juga turut melancarkan POCO Pad C1 secara rasmi untuk pasaran Malaysia sebagai tablet mampu milik yang memfokuskan kepada penggunaan harian, pembelajaran dan penstriman kandungan.

    Ia hadir dengan paparan 9.7 inci beresolusi 2K yang menyokong kadar segar semula 120Hz, tahap kecerahan sehingga 600 nits dan lulus tiga pensijilan perlindungan mata TÜV Rheinland. Daripada segi prestasi, POCO Pad C1 dijana cip Qualcomm Snapdragon 6s 4G Gen 2 bersama memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB.

    Tablet ini juga menyokong kad microSD sehingga 2TB untuk storan tambahan. Kapasiti baterinya pula 7600mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 18W dan fungsi pengecasan berbalik 10W. POCO Pad C1 menggunakan Xiaomi HyperOS 3 dan menyertakan beberapa ciri AI serta integrasi ekosistem termasuk Google Gemini, Circle to Search dan Xiaomi Interconnectivity.

    Untuk rekaan, peranti menggunakan binaan metal unibody dengan pilihan warna Grey dan Blue. POCO mendakwa tablet ini telah menjalani lebih 40 ujian kualiti dan ketahanan untuk penggunaan harian. Di Malaysia, POCO Pad C1 ditawarkan dengan harga RM599 untuk varian 4/64GB (harga promosi RM549) manakala varian 6/128GB berharga RM799 (harga promosi RM629).

    Ia kini tersedia menerusi mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...