More

    POCO Pad tersedia di Malaysia dengan SD 7s Gen 2, LCD 120Hz dan bateri 10,000mAh berharga RM1,399

    Xiaomi Malaysia telah mengumumkan ketersediaan POCO Pad dalam pasaran tempatan yang akan mula dijual pada 10 November 2024. POCO Pad dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2, RAM 8GB dan storan 256GB.

    Ia juga menggunakan skrin IPS LCD 12.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 2.5K, kecerahan puncak 600nits dan disahkan oleh TÜV Rheinland. Sebagai sebuah tablet, ia dilengkapi dengan set aksesori penuh tetapi dijual secara berasingan.

    Aksesori termasuk POCO Pad Keyboard, POCO Smart Pen dan POCO Pad Cover. Bateri yang digunakan adalah sel 10,000mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas 33W. Kamera hadapan dan belakang utama kedua-duanya mempunyai resolusi 8MP dan beberapa ciri penting lain termasuk HyperOS, pembesar suara quad Dolby Atmos serta pilihan storan tunggal 8GB/256GB.

    Di Malaysia, POCO Pad dijual pada harga RM1,399 dan menariknya, anda boleh mendapatkannya pada harga early bird RM1,299 bermula 10 November di laman rasmi Xiaomi, Lazada dan Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO Pad baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...