More

    POCO Pad X1 dan M1 turut rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan harga awal RM999

    POCO mengukuhkan ekosistemnya dengan memperkenalkan dua tablet baharu iaitu POCO Pad X1 dan POCO Pad M1 yang masing-masing direka untuk memenuhi keperluan kerja serta hiburan pada skrin besar.

    Model POCO Pad X1 hadir sebagai pilihan untuk pengguna yang memerlukan prestasi tinggi dan pengalaman pintar yang lebih mantap. Ia dikuasakan cip Snapdragon 7+ Gen 3 bersama RAM 8GB dan storan 512GB yang mampu menjalankan permainan berat pada kadar 120 FPS yang stabil.

    Selain itu, ia dilengkapi paparan 11.2 inci 3.2K yang menyokong kadar penyegaran 144Hz, bateri 8850mAh dengan pengecasan turbo 45W, sistem quad-speaker Dolby Atmos dengan peningkatan suara sehingga 200% serta menjalankan Xiaomi HyperOS dengan ciri AI.

    Untuk pengguna yang mengutamakan hiburan skrin besar, POCO Pad M1 menawarkan paparan 12.1 inci 2.5K dengan kadar segar semula sehingga 120Hz berserta sistem empat pembesar suara dengan Dolby Atmos® yang memberikan peningkatan suara sehingga 300% sambil mengurangkan bunyi ambien untuk pengalaman audio yang lebih mendalam.

    Ia menggunakan cip Snapdragon 7s Gen 4, bateri 12000mAh dan turut menjalankan Xiaomi HyperOS dengan ciri AI. POCO Pad X1 tersedia dalam warna kelabu dan biru untuk konfigurasi 8/512GB yang dijual pada RM1,499 dengan pembelian awal berharga RM1299. Pembelian awal juga menikmati diskaun 50% untuk Papan Kekunci POCO Pad X1 dan Pen Fokus POCO.

    Sementara itu, POCO Pad M1 hadir dengan warna kelabu dan biru untuk varian 8/512GB yang ditawarkan pada harga RM1199 dengan pembelian awal berharga RM999 serta turut menyertakan sarung tablet percuma bernilai RM199.

    Kemunculan tabet ini menandakan langkah baharu POCO dalam menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mahukan keseimbangan antara kerja, produktiviti dan hiburan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu tablet yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured