More

    POCO Pods dilancar: Fon telinga wayarles dengan pemacu 12mm, rating kalis air IPX4 bermula ~RM70

    POCO telah melancarkan sepasang fon telinga wayarles terbaru di India iaitu POCO Pods TWS. Ia merupakan fon telinga wayarles yang mesra dompet dan dilengkapi pemacu (driver) 12mm untuk menghasilkan kualiti audio yang baik.

    Fon telinga ini boleh dihubungkan melalui Bluetooth 5.3 dan Google Fast Pair, dengan kependaman (latency) selama 60 milisaat. POCO mengatakan ia mempunyai pembatalan hingar Environmental Noise Cancellation (ENC) dan hanya menyokong codec audio sub-band coding (SBC) yang standard untuk kebanyakan fon telinga.

    Untuk perlindungan, POCO Pods mempunyai rating kalis air IPX4. Untuk mengawalnya pula, pengguna boleh menyentuh luarannya untuk menjawab panggilan, main/jeda muzik, pilih lagu seterusnya dan mengubah kelantangan.

    Kapasiti baterinya tidak diperincikan, namun POCO berkata ia boleh memainkan muzik selama 30 jam dengan pengecasan bateri penuh. Pengecasan selama 10 minit sudah cukup untuk menggunakannya selama 90 minit.

    POCO Pods akan dijual di India pada harga bermula INR1,199 (~RM70). Setakat ini masih tiada maklumat keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured