More

    POCO X2 dengan skrin 120 Hz diumumkan, harga bermula dari ~RM925

    POCO kini sudah mengumumkan telefon pintar yang akan dilancarkan pada tahun ini, POCO X2. Dalam sebuah sidang media di India hari ini, syarikat itu memaklumkan peranti tersebut akan dilengkapi skrin 6.6 inci dengan nisbah aspek 20:9 serta kadar segar semula sepantas 120Hz.

    Ia akan dioperasikan oleh cipset Snapdragon 730G, Android 10 dan antara muka MIUI 11. Baterinya pula berkapasiti 4,500mAh, boleh menggunakan pengecasan pantas 27W dan POCO mengatakan kadar segar semula skrinnya boleh diubahsuai secara automatik dengan teknologi Intelligent Dynamic Refresh Rate untuk memanjangkan hayat bateri.

    Dalam aspek kamera pula, ia dilengkapi kamera empat lensa 64MP yang menggunakan sensor Sony IMX686 + 8MP (ultra-lebar dengan medan penglihatan 120°) + 2MP (sensor makro) + 2MP (sensor kedalaman), manakala di bahagian kamera depan pula terdiri daripada kanta 20MP dan 2MP.

    Dengan pemproses grafik Adreno 618, skrin 120Hz dan teknologi penyejukan LiquidCool yang membolehkan haba untuk disebarkan 300% lebih pantas, telefon ini tentu akan menjadi idaman buat gamers tegar di luar sana.

    Pelanggan boleh memilih antara tiga varian RAM dan storan, iaitu 6GB + 64GB (INR15,999 atau RM925), 6GB + 128GB (INR16,999 atau ~RM983) dan 8GB + 256GB (INR19,999 atau ~RM1,157).

    Apakah pendapat anda tentang telefon terbaru POCO ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar dan lain-lain teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured