More

    POCO X4 5G lulus pensijilan NTBC, mungkin miliki cipset Snapdragon 695 dan skrin S-AMOLED 120Hz 6.67 inci

    POCO X4 5G bernombor modelkan 2201116PG telah dikesan di platform pensijilan SIRIM Malaysia pada bulan Januari. Peranti yang sama telah diluluskan oleh National Broadcasting and Telecommunications Commission (NBTC) Thailand. Ini menunjukkan berkemungkinan besar POCO X4 5G akan dilancarkan seawal bulan ini.

    NBTC tidak mempunyai maklumat mengenai perkakasan POCO X4 5G. Peranti ini juga dilihat dengan nama POCO X4 Pro 5G di TDRA yang mungkin memberikan maklumat yang salah manakala laporan lepas telah mendedahkan bahawa 220116PG ialah nombor model varian India bagi POCO X4 5G.

    Laporan telah mendakwa bahawa POCO X4 5G akan menjadi versi penjenamaan semula Redmi Note 11 Pro 5G global. Seperti yang pernah berlaku dengan telefon penjenamaan semula Redmi-POCO sebelum ini, POCO X4 mungkin hadir dengan reka bentuk belakang yang unik berbanding model Redmi.

    POCO X4 5G berkemungkinan menampilkan cipset Snapdragon 695, paparan S-AMOLED FHD+ 120Hz 6.67 inci, perisian MIUI 13 berdasarkan Android 11 OS, RAM LPDDR4x 8GB, storan 256GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W. Peranti ini akan menampilkan kamera swafoto 16 MP dan tri-kamera 108MP (utama) + 8MP (ultralebar) + 2MP (makro). Ia mungkin mempunyai ciri lain seperti dwi pembesar suara, pengimbas cap jari di tepi dan slot kad mikroSD.

    POCO X4 5G mungkin menjadi telefon pertama yang akan dilancarkan oleh syarikat pada tahun ini di pelbagai pasaran termasuk India. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured