More

    Pokemon Go perkenalkan mod ‘raid’ dari jauh, bantu pemain kekal di dalam rumah

    Pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, agak sukar untuk bermain game yang bergantung pada lokasi pemain seperti Pokemon Go. Untuk membantu para pemain game itu, Niantic memperkenalkan Remote Raid Pass yang membenarkan pemain untuk menganjurkan raid bagi mendapatkan Pokemon lagenda tanpa perlu keluar rumah.

    Dalam situasi biasa, raid adalah suatu unsur permainan yang memerlukan beberapa pemain untuk berkumpul dalam satu lokasi. Namun ia tidaklah percuma, satu Remote Raid Pass berharga 100 coins atau US$0.99 (~RM4.31) dan ia boleh menjadi lebih murah jika dibeli secara pukal.

    Selain Remote Raid Pass, Niantic juga akan memperkenalkan ciri-ciri seperti tugasan Field Research yang tidak memerlukan pemain untuk keluar rumah dan gifts daripada buddy Pokemon tanpa perlu melawat Pokestop.

    Adakah anda masih memainkan Pokemon Go pada waktu ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Pokemon Go Updates

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured