More

    Polis berhak periksa telefon anda jika terdapat syak wasangka yang munasabah

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak untuk memeriksa telefon bimbit anda sekiranya terdapat unsur-unsur syak wasangka atau maklumat penting mengenai seseorang yang disyaki melakukan kesalahan.

    Hak polis untuk memeriksa telefon bimbit anda termaktub dalam Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah bagi memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam seseorang. Komunikasi dengan unsur-unsur itu adalah kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

    Selain itu, Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah memberi kuasa kepada pihak polis untuk mengakses telefon bimbit, yang ditakrifkan juga sebagai data berkomputer, untuk membuat pemeriksaan terhadap individu yang disyaki melakukan kesalahan jenayah.

    Sungguh pun begitu, kuasa memeriksa telefon hanya boleh diberikan kepada pegawai polis dengan pangkat sekurang-kurangnya Inspektor.

    Sewaktu pemeriksaan telefon bimbit, Seksyen 292 Kanun Keseksaan boleh digunakan jika terdapat bahan-bahan lucah dalam telefon itu, dan ia merupakan suatu kesalahan boleh tangkap tanpa waran. Aplikasi judi yang terdapat dalam telefon juga merupakan satu kesalahan, mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

    Menurut beliau lagi, pemeriksaan tanpa waran boleh dilakukan jika seorang pegawai mendapati terdapat sebab munasabah untuk melakukannya, dan kelewatan dalam memperoleh waran geledah boleh menjejaskan penyiasatan.

    Pihak polis juga berhak memeriksa telefon seseorang, jika terdapat laporan polis yang dibuat terhadapnya, terdapat siasatan yang dijalankan terhadapnya, atau polis mengesyaki beliau terbabit dalam perlakuan jenayah.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured