More

    Polis beri amaran tegas terhadap pengguna trend ‘Dark Side’ dalam media sosial

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas terhadap pengguna media sosial yang mengamalkan trend ‘Dark Side‘ atau DS untuk mendapatkan perhatian. Akaun DS dalam media sosial adalah sebuah ruang di mana pemilik akaun itu boleh memaparkan sisi gelap mereka, khususnya keinginan dan fantasi seksual.

    Menurut media, pemilik akan DS akan memuat naik gambar dan video lucah peribadi, kata-kata kesat serta mengajak para pengikut untuk melakukan hubungan intim. Ada yang menggunakan trend ini untuk menjual gambar lucah mereka sendiri bagi menjualnya pada harga RM50 sehingga ratusan ringgit.

    Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata trend ini telah mendapat perhatian polis dan mereka akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengenal pasti pemilik akaun yang menjual gambar-gambar lucah.

    Pengedaran bahan lucah adalah kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang trend media sosial ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured