More

    Polis berkas 11 suspek kumpulan penggodam Anonymous Malaysia

    Masihkah anda ingat tentang penularan video dari kumpulan penggodam Anonymous Malaysia yang memberi amaran agar Malaysia memperkuatkan sistem sekuriti siber pada bulan lalu? Terkini, pihak polis dilapor telah menahan 11 suspek lelaki yang dipercayai ahli kumpulan penggodam Anonymous Malaysia.

    Terdahulu, kumpulan penggodam ini mendakwa sudah menggodam beberapa laman kerajaan Malaysia. Menurut sumber, sebanyak tujuh serbuan dilakukan di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor dan Pahang. Risikan dan intipan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sebenarnya sudah dilakukan sejak seminggu yang lalu.

    11 suspek yang diberkas adalah berusia dalam lingkungan 22 hingga 40 tahun dan terdapat suspek yang dipercayai menjadi pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia. Kesemua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997.

    Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti suspek yang lain sebelum meneruskan proses tangkapan yang seterusnya.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sinar Harian

    Foto dari IPD Shah Alam

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...