More

    Polis KL tawarkan diskaun 50% untuk saman trafik terpilih sehingga esok petang

    Bagi mereka yang masih belum membayar saman terdahulu, anda boleh mengambil peluang mulai hari ini (30 November) sehingga esok (1 Disember) pada pukul 4.30 petangĀ untuk membayar saman dengan harga diskaun.

    Seperti yang dinyatakan dalam Facebook Polis KL, Polis Kuala lumpur menawarkan potongan 50% bagi pelbagai saman trafik terpilih sempena Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang di pusat beli-belah Lalaport.

    Namun, seperti yang dinyatakan di atas, hanya beberapa saman terpilih sahaja yang akan mendapat potongan 50% kecuali saman kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap.

    Cara pembayaran adalah secara manual melalui kaunter di tapak kawasan sahaja. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Facebook Polis KL

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured