More

    Polis lancarkan aplikasi & laman web Semak Mule untuk bantu anda kenal pasti ‘scammer’

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menggesa rakyat untuk memanfaatkan aplikasi dalam talian Semak Mule untuk mengenal pasti akaun bank yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, terutamanya scammer. Orang awam boleh menyemak nombor akaun bank atau telefon jika ia sudah disalah gunakan.

    Mulai hari ini, orang awam boleh memuat turun aplikasi Semak Mule di Google Play untuk mengesan sama ada scammer sudah menggunakan data peribadi mereka untuk kegiatan jenayah. Selain itu, orang awam juga boleh layari laman web Semak Mule untuk tujuan yang sama.

    PDRM mengatakan jenayah komersial melibatkan penipuan dalam talian dan kewangan kini sedang meningkat memandangkan semakin ramai orang melakukan urusan beli-belah dalam internet. Pada tahun 2019, sebanyak 28,508 kes penipuan telah direkod dengan jumlah kehilangan wang sebanyak RM2.5 bilion melibatkan 18,130 akaun bank palsu (mule).

    TechNave berharap agar para pembaca kekal berwaspada dengan taktik scammer yang semakin licik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Harian Metro

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured