More

    Polis pintas 4 dron terbang secara haram semasa sambutan Hari Kemerdekaan 2022

    Seperti yang dilaporkan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) Malaysia telah mengumumkan bahawa semua dron terbang dilarang berada di persekitaran Sambutan Hari Merdeka Malaysia pada 31 Ogos 2022. 

    Namun, polis telah menurunkan sekurang-kurangnya empat dron yang diterbangkan secara haram semasa sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. Pegawai Unit Dron Operasi Udara (PGU) Bukit Aman, Inspektor Muhammad Faiz Shahabudin berkata pemilik dron itu akan disiasat dan tindakan akan diambil.

    Muhammad Faiz turut menambah, empat unit tersebut dikesan di bahagian ramai tetamu kenamaan termasuk Seri Paduka Baginda Raja dan Permaisuri, sedang menghadiri perarakan Hari Kebangsaan.

    Kes ini akan tertakluk kepada Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Arahan Penerbangan Awam (CAD). Penalti bagi kesalahan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa adalah seperti berikut:

    1. Seksyen 4 Akta 3: Denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
    2. Peraturan 206(3) MCAR 2016:
      1. Jika orang itu adalah individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
      1. Jika orang itu adalah sebuah syarikat, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured