More

    “Pop Cat” antara perkara paling dicari dalam Google Malaysia pada Ogos 2021

    Baru-baru ini, Google telah menyenaraikan sepuluh tajuk yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan Ogos 2021. Pelbagai tajuk popular yang dicari termasuk hal keagamaan, sukan dan berita dunia.

    Antara yang menarik perhatian ialah ‘doa akhir tahun dan awal tahun’. Hal ini menunjukkan sebilangan besar masyarakat Islam di Malaysia menyambut Awal Muharram yang berlangsung pada 9 Ogos lalu. Untuk pengetahuan, Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru bagi umat Islam.

    Seterusnya, memandangkan bulan Ogos adalah Bulan Kemerdekaan, ‘Bendera Malaysia’ juga tercatat antara carian yang paling banyak di Google. Selain itu, terdapat juga carian bagi ‘Pos Malaysia’ yang mana syarikat itu telah memperkenalkan sistem temu janji secara atas talian bagi urusan pembaharuan lesen dan cukai jalan.

    Bagi segmen sukan di dalam Malaysia pula, tajuk yang sering dicari di dalam Google ialah Azizulhasni Awang dan Paralimpik 2020. Hal ini kerana awal Ogos lalu telah berlangsungnya temasya Olimpik dan Paralimpik di Tokyo. Dato’ Azizulhasni Awang yang digelar sebagai ‘Pocket Rocketman’ telah berjaya meraih pingat perak dalam acara berbasikal.

    Sementara itu, antara carian terbanyak bagi segmen sukan antarabangsa ialah ‘Fantasy Premier League’, ‘Arsenal vs Chelsea’, ‘Liverpool vs Chelsea’, ‘India vs England’ dan ‘Bangladesh vs Australia’. Ini menunjukkan masyarakat Malaysia mengikuti perkembangan bola sepak dan kriket secara global.

    Di samping itu, terdapat sebuah laman web yang tular bukan sahaja Malaysia malah di dunia iaitu ‘Pop Cat’ dan ‘Pop Dog’ yang mana permainan ini secara tidak langsung membangkitkan semangat persaingan persahabatan antara negara. Permainan ini berdasarkan jumlah klik dalam talian yang menghasilkan bunyi ‘pop’ dan mengumpulkan mata mengikut negara.

    Yang terakhir, antara tajuk yang banyak di cari di carian Google ialah ‘Afghanistan’. Hal ini berikutan situasi yang melanda negara itu kerana campur tangan kumpulan militan Taliban dalam pentadbirannya.

    Kongsi pendapat anda tentang hasil carian ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...