More

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    HONOR Malaysia akan melancarkan siri telefon pintar andalan pertama untuk tahun ini, HONOR Magic7 dan HONOR Magic7 Pro, pada hari esok (9 Januari 2025). Sehari sebelum pelancarannya, HONOR mengesahkan bahawa telefon edisi khas PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR akan turut dilancar untuk pasaran Malaysia kelak.

    Selain dilengkapi pelbagai fungsi canggih dalam Magic7 Pro, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR mempunyai hiasan berinspirasikan jenama kereta mewah Porsche, dengan modul kamera bersimetri heksagon yang menyepadukan trend rekaan kereta sport terkini.

    Modul kamera ini diinsipirasi daripada estetika Porsche Taycan Turbo S dan menempatkan tiga lensa kamera. Ia turut mempunyai satu elemen grafik yang mirip lampu hadapan kereta sport.

    Selain itu, ia turut mempunyai ciri kerangka tengah yang mirip kepada bentuk jalur hud berkilat yang terdapat pada kereta-kereta Porsche.

    Seperti varian Magic7 yang lain, varian Porsche ini akan dilengkapi sistem operasi Android 15 dengan antara muka MagicOS 9.0 yang menawarkan pelbagai fungsi AI canggih, serta kebolehan untuk mengesan video palsu yang dicipta secara deepfake.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...