More

    Portal rasmi Angkatan Tentera Malaysia digodam

    Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang menyatakan terdapat pihak yang cuba menggodam portal rasmi ATM. Walau bagaimanapun, beliau mengatakan serangan siber itu berjaya dipatahkan dan ia hanya berjaya menggodam segmen tertentu di luar rangkaian ATM.

    Serangan siber itu dikesan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) dan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM. Kedua-dua jabatan berjaya mengasingkan trafik data bagi mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah untuk melindungi rangkaian ATM.

    Tan Sri Datuk Seri Affendi mengatakan ATM akan terus bersiap sedia untuk mempertingkatkan aspek keselamatan siber melalui BSEP dan CDOC serta melindungan rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...