More

    Pos Digicert dilancar untuk semak kelayakan akademik individu

    Pos Digicert, salah satu anak syarikat Pos Malaysia yang menawarkan perkhidmatan sijil digital, penyelesaian eKYC (Know-Your-Customer) dan juga mempunyai platform tandatangan digital, hari ini melancarkan produk terbaharu mereka, eCredentia. eCredentia adalah platform digital yang membolehkan penyampaian dan pengesahan dokumen secara elektronik.

    Ia direka untuk memudahkan proses pengeluaran dan pengesahan dokumen seperti sijil, laporan dan kelayakan pendidikan. eCredentials membolehkan individu atau institusi mengesahkan kelayakan akademik dan profesional.

    Mengenai sijil, rekod transkrip dan surat rasmi, semua data yang direkodkan oleh universiti atau institusi pendidikan boleh disemak oleh bakal pekerja kesahihannya. Ini boleh mengurangkan risiko pemalsuan kerjaya dan meningkatkan pasaran kerjaya.

    Platform ini juga menawarkan tahap keselamatan yang tinggi melalui penggunaan teknologi pengesahan digital untuk memastikan bahawa dokumen yang dikeluarkan adalah sah dan tidak boleh dipalsukan. eCredentia membantu memudahkan proses pengesahan dokumen, meningkatkan efisiensi dan memberikan kepercayaan kepada semua pihak yang terlibat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: POS Digicert

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured