More

    Pos Malaysia kembangkan EV dengan 136 van elektrik, sasar neutral karbon 2050

    Pos Malaysia terus memacu agenda kelestarian dengan menerima 136 van elektrik baharu terdiri daripada 131 unit Maxus eDeliver 3 dan lima unit eDeliver 5 hasil kerjasama dengan Weststar Maxus dan Yinson GreenTech.

    Kini, jumlah kenderaan elektrik Pos Malaysia mencecah 1,516 termasuk 1,252 e-basikal dan 264 e-van yang buat pertama kalinya turut beroperasi di Malaysia Timur. Maxus eDeliver 3 hadir dengan motor 90kW, tork 255Nm dan jarak 200km menggunakan bateri 50.23kWh manakala eDeliver 5 menggunakan motor 120kW, tork 240Nm dan jarak 250km dengan bateri 64kWh.

    Kedua-dua model menyokong pengecasan AC yang penuh sekitar tujuh hingga sembilan jam. Setiap van dijangka mengurangkan 1.11 tan pelepasan karbon setahun menjadikan penghantaran lebih mesra alam dan menjimatkan kos operasi. Sehingga kini, kenderaan EV Pos Malaysia telah menempuh lebih 7.2 juta kilometer bersamaan 179 kali mengelilingi dunia.

    Pos Malaysia mensasarkan 100% penghantaran “first and last mile” menggunakan kenderaan elektrik menjelang 2030 dan mencapai neutral karbon pada 2050. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BH Online

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...